Friday, January 29, 2010

.Semua tentang bola.

1.Bile musim bola bermula,tak kire umur dan jantina,bangsa dan agama, semua pakat-pakat pegi lepak kedai kopi/kedai mamak, tarik kerusi keliling meja, semua mata teruja tengok tv.

2. Drama hidup peminat bola,bukak je topik pasal bola,terus bla bla bla.. boleh buat karangan gitu.

3.Bila kahwin,si lelaki kacak atau kurang kacak yang fanatik bola sanggup pakai baju bola team kesayangan beliau time majlis resepsi.Eh,ni sayang bini ke sayang bola?

4. Untuk sape-sape ada anak , si anak pulak kipas susah mati Ronaldo ,bile anak minta hadiah birthday, sila la beri hadiah mahal-mahal ye. Alasan si anak " Ronaldo pon main bola dapat bayaran tinggi,mane leh adik dapat hadiah murah ". Hambek kau!

5. Si suami mengharapkan si isteri melahirkan zuriat yg banyak sebab mahu create satu team bola.
Pergh, ingat kilang ke ape. Mampukah? Hhahaha.

6. Dek kerana bola jugak, kita leh jumpe pasangan hidup. Maybe jumpe kat kedai mamak, jumpe kat al- ikhsan ke, jumpe kat stadium ke. Berchenta dgn pemain bola pun tak mustahil kan? Okeh, I chup Badrool Bakhtiar. Hiks ;)

cadangan gila saja-saja.

siaran langsung bola di bilik pembedahan.Gila! Mahu terancam nyawa pesakit. Elok-elok peluang 50-50, tetibe terus jadi 20-80.Degupan jantung meningkat ke tahap maksima.

oh.bola kuning.

.Yang baru & yang lama.

Macam mana nak beralih pada yang baru kalau yang lama tak dialihkan.

Macam mana nak alihkan yang lama kalau ianya dah jadi separuh dari kehidupan.

Nak simpan yang lama,ia terlalu meyakitkan.

Nak dibuang, hati pulak tak kesampaian.

Kesimpulannya, merana la diri dok sorang-sorang kesepian.

. Sorang-sorang sunyi, bile berdua lebih baik,bile bertiga ganjil, bile beramai-ramai..


1. Berbuka puasa  kat  pantai Seagate :)

2. Trip to Pusat Sains Negara, Da Vinci Exhibition.


3. Muke-muke final year,math student :)

4. Dalam bot, mahu pegi snorkeling .

5 . Memang tak ingat dunia bile dapat berendam. Dari 10 pg till 2 ptg.

6. Dugong melompat dalam air. weee ;p

7. hero remaja terdampar lepas penat berendam.

8. my open house.

9 . kami bertemu selepas 5 tahun tamat sekolah .

10. tak tau nak describe ape pic nih.hahaha.
.
.
.
.
.
.
.
Sila la tatap gambar perempuan berbunga raya ini tanpa ada kutukan.
Bunga mawar takde, terpakse la rembat bunga raya ni kt tepi jln raya.

Thursday, January 28, 2010

.Saya tak makan.....

1.Semua jenis sayur.Kalau makan popia, mesti kene korek buang semua sayur dalam tu dulu,baru leh makan. Kalau makan nasi goreng,sayur mesti letak tepi.

2. buah tembikai.

3. cincau

4. soya. Makan nasi + kicap +telor,sedap! Eh,kicap makan la pulak.

5. tempe.

6. ulam-ulaman. Ni spesies sayur gak kan?

7. puding/agar-agar. Tak suke sebab lembik,gedik-gedik.Geli tekak.Huhuhu.

8. bubur asyura/bubur gandum.

9. dodol

10. siput sedut.

11. petai/jering- ni kire  ulam la kan.

12. ubi kentang dalam karipap. I makan karipap & I makan gak ubi,tapi I tak suke makan ubi dlm karipap.

13. susu.

p/s :  ayah cakap,kecik-kecik dulu I pernah makan puntung rokok.


Wednesday, January 27, 2010

.Ini wajib-jom mengundi jom.

 Sekarang ni majoriti semua IPT tengah bz dengan election day kan? Uni I pun tak terkecuali. Selesai sudah dua malam rapat umum, bermanifesto, calon-calon  menabur janji itu ini ntk meraih undi. Dah la I tak pergi pon tgk dorang bermanifesto,taktau mahu vote sape jap lagi nih.

Membuang undi : Khamis/28 Januari 2010



*credit to Google

Bile cakap-cakap pasal pilihanraya ni, I teringat kisah masa I tahun dua dulu,sesi 2008/2009. Nak tau ape? NYDP MPP  mintak I  bertanding ntk sesi tu. Ape kess.Sah -sah la I tolak kan.Dia pujuk-pujuk,I tetap tolak .I tau ni peluang baik nak popularkan improvekan diri, tapi I lebih kenal siapa diri I. I tak mampu nak pikul tanggungjawab besar cegitu.I takot tak dapat nak bagi komitmen penoh.Dan paling penting,I takde bakat nak pimpin-pimpin orang ni.I pon still lagi kene orang yang pimpin.Hahaha. Entah mane la dia dapat num fon I.Bile I tanye,dia just gtau dapat dari orang yang mencadangkan.Bile I tanye sape yang cadangkan, dia cakap rahsia.Cheh.Sampai sekarang I taktau sape yg calonkan I tuh. Terima kasih la banyak-banyak ye kepada orang itu.

Oh.oh.Tinggal bape jam je lagi  nak pegi mengundi ni. Kot-kot la ada studs USM  yang terbaca blog I ni, I nak wish goodluck ye ntk calon-calon.Selamat mengundi.Tunaikan tanggungjawab masing-masing.
-----------------------------------------------

|ingat pari-pari, ingatlah sivaneswari|

-----------------------------------------------
*salah satu slogan calon pilihanraya kali ni
chumell :)

Monday, January 25, 2010

.Kisah Sabtu.


Harini Selasa,bukan sabtu.Tapi I nak citer kesah hari isnin Sabtu.Err, lambat mcm siput babi ke I ni?Ke lambat mcm kure-kure ? Oke-oke.Hari sabtu ritu ada event ni kan. Nak tau ape tugas I ? I jadi jam randik  pencatat masa. Tugas yang menarik.Hhahaha. 1 st tyme jadi jam.


Gadis-gadis litar jam randik.
Komited gile jlnkan tugas since 9 am till 9 pm.12 jam beb.


.end.


Sabtu,jam 18:20
1 mesej masok.


Maman :  Bear,Wandy ajak lepak khaleel pas isyak.Ada Zharif & aiman.Aku n aida konfirm join.hg ajak la yg lain sama.


Wirdah :Ouh.oryyte.Nti pas hbes event,aku g kt korang ok.
*Bear itu adalah saya.Wee :)


Bile habes je event,teros I blah pegi khaleel dgn ber t-shirt milo nye,berkasot sport dari pagi td.Semangat doe mao jumpe kawan sekolah,lame hek tak jumpe.Terubat jugak hati I ni bile dapat jumpe mereka ni.





Jumpe tanpa dirancang. Memang enjoy gila babeng beb.
Betul cakap orang,menda yg tak dirancang,lagi menyeronokkan :)
Kami lepaking bersama till 4 am. Lepak maple,minum-minum,borak-borak, then berkaraoke tak hingat dunia.


Thanx kamoo semua :)


Sunday, January 24, 2010

.aku atlitkah?

Oh.oh.Jgn salah nangka sangka.Tajok entri takde kaitan pun dengan kesah Open Relay sebelum ni.

Situasi sebenar.
Selalunya petang-petang,if takde kelas, I pegi jogging dgn kawan-kawan kat tasik harapan.*azam tahun baru meh.Boleh dikatakan kerap gak la kitorang pegi tasik.

Kisah pertama :
Suatu petang, ada la sorang pokcik ni,tetibe je tanye I,"adik ngah training ke?masok sukan ape?". *Dalam hati,tak sangke I ni ada gaya atlit.Bhahahaa .

Kisah kedua : 
Selalunye ahli kelab rowing USM buat latihan kat tasik tuh. Maybe coach rowing tu perasan yg I selalu jog kt situ, then satu hari tu dia tanye I," dik,tahun berapa?".Mulenye I tak pikir ape-ape la.Tapi bile dh dua kali dia tanye soalan yg sama setiap kali I pegi jog, pelik gak la. Then kawan I cakap la, coach tu ingat I atlit,dia nak mintak join kelab rowing.Tp bile coach tu tau I dah final year,dia tak jd nak mintak.
* adoyai.saya bukan kuat stamina pon.isk.isk.


I tak aktif sport langsung oke.Walaupon I 3cm lebih tinggi dari insan tinggi,tapi I tetap bukan atlit seperti beliau.Ya,insan tinggi atlit sekolah dulu. I tidakk..
*insan tinggi junior I dulu .Opss.tetibe je mention pasal insan tinggi.tersedak lak dia nanti :)


p/s: misi haritu gagal.wuuuwuu (-____-)






Friday, January 22, 2010

.oh.oh.atlit kacak,mane kau?.


Hari ni,mula jam 9.00 pg nanti,bermula la acara kejar-kejar ,pengadil tembak menembak, budak sorak-sorak,jerit-jerit dan semua bagai dan paling menarik, acara atlit kacak & tak kacak berlari-lari.Of course I tumpu yg tak kacak.Hohohoho.

Semalam dapat t-shirt event yg disponsor oleh milo.Tak suke sangat kaler putih dan nampak mcm budak-budak sekolah meh.But nice la.


Thanx milo. "Minum milo anda jadi sihat dan kuat."

Tak sempat dah nak cite panjang.Nak siap-siap cepat.Tak sabar dah ni nak mulakan misi.Misi mencari atlit kacak untuk dijadikan boifren ouh.
Target-->student IPT.Hhahaa.*sengal la kau.

Misi bermula!

Thursday, January 21, 2010

.Munchy's ke Mancis? KOnfius..kOnfius.

Alkesah di suatu petang

Location : kedai runcit  Maju Jaya .
Watak utama : si jejaka yg tak berapa kacak tapi manes nya ada & si amoi anak si taukey kedai.
Saksi kejadian :  aku

...si jejaka tak berapa kacak tapi manes nya ada tu tgh dok usha-usha lighter kat tepi kaunter bayar tuh dan kat mulut dia ada satu bahan pembunuh, sebatang rokok...

si jejaka tak berapa kacak tapi manes nya ada : mancis ada?

si amoi anak si taukey kedai : ada.u mau ka?

si jejaka tak berapa kacak tapi manes nya ada : berapa satu?

si amoi anak si taukey kedai : aiyo.u mao mancis apa ? ada byk ma. lu  pegi belakang sana dulu tgk.

si jejaka tak berapa kacak tapi manes nya ada : *muke terpinga-pinga gila! (aku perhati dr jaoh)

si jejaka tak berapa kacak tapi manes nya ada : * beliau tnye balik soalan. MANCISSS ADA ??

si amoi anak si taukey kedai : MANCIS ka? Takda lo.I ingt u tanya td bissekut MUNCHY'S.


Berfikir sebentar kat dlm kedai tuh, sekarang ni ada lg eh org pakai mancis nak nyalakan api rokok? Adik I yg darjah 6 tu pon dah ada lighter sendiri.Oh.Beliau bkn smoker ok.Tp gune lighter tu untuk bakar bunge api dia.



Wednesday, January 20, 2010

.Dilema master.

Name:Nurul Wirdah bt Mafazi
Ic num:881213-06-XXXX
Matrix num:98XXX
Bachelor of Science Mathematic
Universiti Sains Malaysia.

Heh,intro saje-saje.Takde motif ape-ape pon I mention semua kat atas nih.Saje suke-suke nak mencapap.Tapi kalau ada sape-sape nak bagi hadiah birthday nanti pun oke gak,sila kan la.Kumpul duit dari sekarang,nanti bile dah banyak,boleh belikan I hadiah best.DSLR boleh? Hhahaah.

Pejam celik pejam celik(alhamdulillah pas pejam dapat celik lagi kan),dah hampir sebulan I belajar utk sem 6 ni.I dah final year & sem ni sem terakhir.Sangat teruje bile dah jadi final year student ni tapi kekadang tu ada gak rasa cuak.Doa-doa kan la eh ntk I semoga I dapat akhiri sem ni dengan cemerlang ek.

After habes je study degree ni, if ada rezeki, I ingat nak continue study.Nak amek master.Kaunter ntk beli borang master dah buka.But, I little bit confius, tak tahu nak choose uni mane. Samada nak stay USM or berhijrah ke U lain.

Should I continue kat USM?
or
I harus merantau ke Uni lain?


Universiti mane eh best?

p/s : Hati berbisik tadi, " wirdah,stay USM dah ler,tak payah nak g jauh,kau tu bukan biasa dok jauh dgn family."
Err,ada kebenaran disitu.Ya,I tak penah merantau jauh dari family.Harus I turutkan bicara hati?

Monday, January 18, 2010

.Edit photo contest.

Morning .
I dah oke .But ada la sikit-sikit kekecewaan pasal kesah semalam.Hahaha.*Sudah,poyo je lebih kau ni wirdah.Noktah di situ oke.Untuk ubati hati I yg lara habes ni,jiwa lara katakan,I nak join contets lagi .Weee :)

I mahu join 'EDIT PHOTO CONTEST'
I kan suke sangat mengedit gambar niyh.Maklumlah,teringin nak pakai DSLR,tapi tak mampu.

macam biasa,nak tau lebih lanjut,klik gambar atas  ni oke.

Orytte,ni pic nye :




*gile gedixx. :P

Sunday, January 17, 2010

.Sangat KECEWA,serius parah!


 Since sebulan yg lepas, semangat aku berkobar-kobar nak jumpe kau orang.Berkobar-kobar mcm api obor olimpik tau tak.Semangat gile  aku bile Moke,selaku ketua form cakap "ujung bulan 1,kite turun Penang!".Reunion,borak-borak,lepas rindu, pegi maktab,jumpe cikgu semua bagai.Ciss,tak menjadi kenyataan juge.Gile sedih  kott.
Aku tak salahkan sesiapa.Cume rasa sedikit terkilan la,kecewa pon ada.Dah plan sehabes baik,dah msg semua kawan-kawan,dah tag kat facebook segala,calling-calling,sms-ing,dah  survey chalet,dah kawtim harga,last minute CANCEL/tunda doe.Nape cancel? Sebab nye  ramai yg tak mahu boleh join.Tarikh tak sesuai la,ada event lain la,takde duet la,ada kelas la,ada seminar la, baru masok sem la.Adoyai (0.0) 
* ditekankan disini,aku tak salahkan kau orang oke.SUMPAH,tidak!
Nak buat macam mane kan,memang susah nak kumpulkan manusia ni.Masing-masing ada hal sendiri.Takpelah,biar aku ubati hati yg kuciwa tahap dewa  ni.Hope plan ni still dapat diteruskan.Nak jumpe kau orang sangat.
p/s:Tyme taip enrti ni,emosi sedikit kurang stabil oke.Terguna 'aku' di sini .Thanx sudi baca leteran bebelan luahan hati aku. Bye.

sila tatap gambar dinasour ni.Beliau tak akan baham korang.Beliau jinak,baik,tidak nakal.

Saturday, January 16, 2010

.CONTEST BARU PULAK.

Hi.Dah lame rasenye tak join contest-contest dlm blog.Hari ni rase mcm nak meng'join'kan diri pulak sebabnye takde cite best nak story mory dgn u oll's :)

Okeyh.I mahu join "CONTEST BARU PULAK"



Nak join,klik gambar atas ni oke.
Pic yg I rase mcm boleh tahan cun la ..


Memang pic atas ni takde I.Tp mereka semua ini kawan I .Tyme ni kitorang ade mini reunion @ Pangkor.Since penganjur contest kata"TAMBAHAN!
gambar orang lain pun tak ape. asalkan bukan gambar cilok dari mana2. yang penting gambar tu hak milik diri sendiri. ada paham?", I pon nak pertaruhkan la pic nih sebab pic ni hak milik I.

p/s:Remy,Faiq,Fathan,Moke,barut,Azrul.
Kalau pic kau orang ni menang,aku kongsi hadiah. (^.^)

.Suka-suka klik-klik sana sini edit itu ini.


Friday, January 15, 2010

.cooking-cooking.

Hello everybody =)
Eyh.Poyo seyh ayat atas ni.Actually,I sedang bersuka ria kat umah sekarang ni.Biasa la,dua minggu sekali,I mesti balik umah.Dah umah dekat,amek peluang yang ada la kan.Dan,akhirnya semalam dapat jugak  I tgk WWE kt tv3.Dah baper minggu tak dapat tgk since balik uni ari tu.Hahah,gile ke ape minah ni layan wrestling?Best doe,tgk westling sambil jerit-jerit ,tumbuk-tumbuk bantal,penuh emosi auuw.Sekarang I benci BATISTA.Dia dah jahat,kejam! I luv UNDERTAKER.*tipoo je :)

Okeyh.berbalik pada tajok entri,I  main masak-masak tau hari ni.Gile sedap.Normal la kan manusia zaman sekarang puji diri sendiri meh.Hohoho.I tak mao cite panjang ,sebab I masak sangat sedap,tak terucap dengan kata-kata.Heh. Layan gambar sudeyy.
Bahan-bahan masakan untuk hari ni:




  ayam paprik
*feveret I kowt.


kubis  kicap
*tak sukee sayur -.-


udang bercili

Tuesday, January 12, 2010

.Ape maksud CANTIK eh?

Susah la nak jawab kalau orang tanye soalan ni.Terlalu abstrak kowwt.Macam-macam jawapan yg kawan-kawan I bagi.Ada yg jawab,cantik itu sinonim dgn wanita.Lelaki mudah jatuh hati dgn wanita cantik je.Lelaki cantik digelar lelaki jambu.Cantik =cantik dalaman & luaran.Mane satu yg tepat eh?Okeh,starigth to da point, actually I nak minta tolong dari kamu ,kamu dan kamu.Pada pendapat u oll's la kan,apa definisi yg terlintas dlm fikiran kamu bile orang tanye " Apa maksud CANTIK?"

Chup!Harus ke pegi buat plastic surgery semata-mata nak cantik?isk.isk.Buang duet je.Gune silky white sudeyy.


"“mak saya cakap kalau nak tengok rupa isteri kita bila tua, tengok mak dia… bila saya tengok mak awak tadi senang hati saya”

p/s:"DEFINITION OF BEAUTY".Tajuk oral presentation I niyh.Hhaha.

Monday, January 11, 2010

.USM FC KE LIGA PERDANA.


Eh,tajuk entri dah lapok kot.Dah lame dah berita ni.Sebenarnya, I nak cite pasal perlawanan pertama USM FC selepas berjaya melayakkan diri ke LIGA PERDANA semalam dengan POS MALAYSIA.Penuh gile stadium USM semalam .I tak g stadium pon ,just usha-usha dari bilik hostel je.Hehe.I tak minat sangat kalau LIGA PERDANA ni,tapi kalau Liga super ke,Liga malaysia ke,I layan habes.Hahaha.Ape ape pon sokongan I tetap untuk USM :)

USM FC menang 1-0

"...Pemilihan USM melalui pasukan yang dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) dibuat berdasarkan kecemerlangan pasukan itu dalam aksi Liga FAM musim lalu yang menyaksikan KBSUSM muncul pasukan ketiga terbaik selepas Pos Malaysia dan Tambun Tulang...."

*sumber diperoleh dari sini.

Sunday, January 10, 2010

.REVIEW AJL 24.

Anugerah Juara lagu 24 dah pon tutup tirai semalam.
Tahniah la untuk lagu PERGI,komposer Pete Teo,lirik Amran Omar dan juge penyanyinya Aizat.Kau orang memang layak untuk menang.I tak nak ulas banyak pasal persembahan artis malam tuh.Pasti ramai blogger laen yang jadi wartawan sebaik shj AJL habes semalam kan :) Nak tau lebih,sila la baca entri mereka  ini zue, insan tinggi & izzah.
Overall,persembahan artis malam tu semua best-best.Masing-masing ada gimik tersendiri.
Ape pon,Faizal Ismail,Ally iskandar & Cheryl Samad sangat best.Dorang handle majlis dgn baek sekali.Kelakar dan sgt chumell.Wee =)
Lepas ni takde dah iklan komersial anak tangga,lighting lebih & kasut tinggi tu.

p/s:Aizat,tahniah doe kau menang dua anugerah combo terus.Dapat duet tu kene divide sikit kat budak-budak sekolah tuh =)


Saturday, January 9, 2010

.Aizat Bakal Menang AJL.

Sampai hostel around 12.30am
Lepas bersihkan diri semua bagai,terus tido oke.
Tido nyenyak hekk sampai tak dengar bunyi alarm subuh.
Bangun subuh lak dh subuh gajah.Adoyai.
Then,bukak lappy,taip entri ni.
Just nak inform,I selamat sampai sudah.Baru balik dari KL.
Berlawatan sambil belajar di Pusat Sains Negara  dan berlawatan sambil berwindow shopping di One Utama.
Malam ni Anugerah Juara Lagu.
AJL AJL AJL AJL
 Aizat.Yuna.Faizal Tahir.Estrange.
Pilihan utama I untuk menang mlm ni,tak kire la tempat ke berape pon,I tetap nak Aizat!
Okeyh.cukup.I mahu sambung tido.Sangat ngantuk.


Thursday, January 7, 2010

.Duit masuk je,terus nak pergi shopping.


Salam semua.Selamat hari Jumaat =)
Hari ni I takde kelas.Memang untuk sem ni,I takde kelas  hari Jumaat.Tapi I still bangun awal,rajin kan? *puji diri sendiri sebentar.Bangun awal sebab nak online buatpe,kalau study takpe la jugak. *err,kutuk diri sendiri pulak meh -.-
Semalam punye semalam Rabu lepas,duet biasiswa dah masok.Sangat teruje bile tgk baki dlm bank jadi banyak.Banyak dari biase lak tuh.Baik sungguh hati orang-orang J**.Tapi,pelik .Nape banyak lak eh?Sebab bajet 2010 ke? Ke sebab USM dah naek taraf jadi universiti APEX? Ada kaitan ke semua tuh?
Hahaha.Memang takde kaitan pon.Rupe-rupenya,duet kali ni,diorang tak tolak siap dgn yuran,sebab tu la banyak dari biase.Ish.baru semangat doe nak shopping lebih.*Err,patut nye semangat untuk belajar la kene lebih kan?

Okeh,ape-ape pon aktiviti bershopping tetap akan dijalankan hari ini.Yeah,hari ini oke.
Mahu beli kasut sport nike,sandal nose+primavera,t-shirt diesel,jam swatch,jeans applemint,blouse,selipar ipanema,handbag guess,.....Oh,tidak mungkin I beli ini semua.Hahaha.I student baru,tak pegang duet sendirik lagik.So,rasa bersalah kalau nak gune duet biasiswa semata-mata nak beli stuff yg mahal cegini.Beli yang I rase selesa & cantik sudah(^.^) Orytto.

Eh,kejap.Nak gtau,malam ni I & kawan-kawan mahu gerak pegi Pusat Sains Negara.Trip anjuran School of sc. Mathematic.Dah lame tak g trip macam niyh.Tetibe terkenang lak zaman sekolah.Lawatan sambil belajar!*chumell.Doakan perjalanan kami selamat ye.


Td bukak fb Faiq,kwn-kwn ngah berdiskusi mahu buat reunion lagi.
Sangat merindui mereka.Lantas I curik dari fb beliau, dan upload gambar tak seberapa ini kerana I tersangat rindukan ini semua.






Wednesday, January 6, 2010

.Kita still kawan ke kalau macam ni?.

Tak suke orang buat aku macam ni!
Aku msg,tak reply.Aku call tak jawab.
Dulu kata kawan.
Tapi kenapa sekarang kau macam niyh?
Kalau kau kawan aku,kau tak kan buat macam ni kat aku.
If aku ada buat salah dengan kau,please gitau ape salah aku & aku akan minta maaf.
And if tak nak kawan,cakap je terus.
Jangan diam je mcm tunggul kayu.
Seriously.Aku rase macam nak nanges bile kau buat aku macam ni.
Sebab hati aku sangat sensitif.
Kau pun tahu itu kan.




Sunday, January 3, 2010

.kasut tinggi,anak-anak tangga & lighting lebih.



Anugerah Juara Lagu
10 Januari 2010


Saya mahu Aizat menang


*entri ini pendek tapi ringkas,padat dan mutakhir .Hahaha.


Saturday, January 2, 2010

.Bangun.Selamat pagi cikgu.

Hari pertama sesi persekolahan untuk tahun 2010 bermula hari ni.*untuk Kedah,Kelantan n Terengganu.Pagi td adik-adik ku bangun awal,semangat nak g kelas la konon.Baju baru,kasut baru,stokin baru,buku baru,duet belanje pon baru* up sket dr thn lepas.Rasa macam seronok pulak tgk budak-budak nak g sekolah.Teringat weyh zaman I bersekolah dulu.Sangat best kott.Rindu nak patah balik zaman sekolah doluu-doluu.

  1. Rindu korang weyh.Batch PMR03 n SPM05.
  2. Rindu cikgu-cikgu.Nak mention sorang-sorang,tak larat nak taip =)
  3. Rindu blok 4 .
  4. Rindu makcik DS
  5. Rindu nasi lemak Abg Mbe
  6. Rindu air kaler warne warni Kak Yah
  7. Rindu morning call
  8. Rindu inspection
  9. Rindu annoucement kat hostel.
  10. Rindu prep malam.Err,tapi selalu gak ponteng prep.0opss
  11. Rindu semua staff pjbt,abg-abg makmal,kak yati.
  12. Rindu minggu xtvt
  13. Rindu hari sukan
  14. Rindu nak berjalan kaki dr hostel ke blok akademik 0.7km.*tp still tak kurus -.-
  15. dah tak tau nak rindu ape..terlampau banyak sebenarnya. 
p/s:Nak rindu kamu la eh.Boleh?

.KITA BERDUA KAN ADA KIMIA.

" ..Kita berdua kan ada kimia.KIMIA?
Chemistry!.."


.Melda Ahmad.


.kimia.


aku mula jatuh hati kepadamu
dia saat kau kata cinta padaku
masing2 dulu
punya pasangan

akhirnya kita bersama

pertama kali kita bersua bertentang
mata

terasa ada kimia di antara

kau kucup pipiku
kau bisikkan cintamu
kau
kata baby I LOVE YOU

kau cairkan hatiku

bahagia ku rasa
di saat kita
berdua bersama

memandang bulan terang
menyaksi bintang2
kau seru akulah
pelangi cintamu..

Lagu ni sungguh chumell.
I loikee!

Friday, January 1, 2010

.Kek harijadi untuk MAK.










  Kek itu hasil yg I buat sendiri oke.I balik umah semalam semata-mata nak celebrate birthday mak.Tak sempat nak cari kek kat kedai coz semalam byk kedai tutup cuti tahun baru.So,I plan nak buat kek sendiri,hasil air tangan I khas untuk mak.

  
Happy birthday to you Mak!
Pn Solihah bt Hj Yusoff.
02.01.2010


Tyme ni celeberate di rumah je.Maybe malam ni baru ayah belanje makan diner :)

Oh.sedap kot kek I buat niyh.Tak sampai sejam,dh tinggal ini je.

. penceritaan kisah semalam.

After habes je kelas semalam around pukul 4.30 ptg camtuh,terus je I ngan kenkwn kuar gi lepak Queensbay.Ramai hekk umat manusia.Masing-masing nak tunggu countdown.Tapi plan kami just nak g tgk wyg dan makan-makan je.Walaupon tgh hot dgn Y.E.S yang berbaki bpe hari je lg,shopping tak termasok dlm list I oke.Duet takde.JPA lambat bagi duet..Waa.Sangat jeles kpd mereka yang dh dapat duet PTPTN.Nak share boleyh?

Sesampai je,terus naek nk g book ticket movie Alvin & Chipmunks 2.Pastu g makan,solat semua bagai.Then masok cinema kul 7.40 pm.Sangat kelakar ouh citenye.Best.Bile tgk watak Alvin tu,rase mcm jatuh chenta sama dia.Hahaha.Okeyh.Pas habes cite tuh,bajet nak blah terus la kan,balik hostel.

Err,tapi..kami terlanjur..!Mata kami tak dapat tahan nafsu oh.SALE 50%,SALE 70%,siap ada annoucement lagi," to all customers,we give you additional 10% starting from 9.00pm untill 00.00am."Demn.Ya,kami terlanjur....Masing-masing TERbeli sudah.Biasa la manusia,iman senipis kulit bawang (^.-)

Lepas settle bayar semua,terus blah.Nak balik bilik cepat.Tapi,ada je lagi dugaan weh.Terkandas di Queensbay.Semua orang berpusu-pusu g countdown konsert tepi pantai tu.Teksi,bus susah mahu nampak.Telefon sana sini,mintak kwn-kwn ambilkan,tapi line malam smlm sanggaat sengal doe.Tunggu,tunggu dan terus tunggu.At last,dapat jugak kidnap sorang pakcik teksi ni.Naseb baekk dpt balik.Lega.(-.-)

Finally,
I sambut new year di bilik Desasiswa Tekun,USM untuk tahun yang ke-3 sepanjang belajar di sini.
Err,taktau nak buat mimik muke ape.
:) atau -.- ??

p/s:Next year nak sambut kat padang kota..sape-sape baekk hati tolong bawak kan eh.pleassse..

Jom layan gambar pulak. 








Bubbye 2010