Thursday, March 11, 2010

. Kisah Si Khamis, Si Jumaat & Si Ahad. Si Sabtu takde.

Selamat pagi.
Teman adik di sini. 
Bangun dengan riang, menyanyi.
Menyanyi bersama, ayuh !


Pagi-pagi lagi dah melalak lagu budak-budak. Siapa tau tu lagu ape? Cepat-cepat teka, I kasi hadiah.

Semalam Khamis, harini Jumaat, lusa Ahad .  Eh, mane hilangnya esok Sabtu? Ok, I mulakan cite pagi ni dengan Khamis, semalam result SPM dah keluar kan. Tahniah untuk adik-adik yang berjaya dapat keputusan cemerlang, yang tak berjaya, cube lagi next time. Banyak lagi peluang yang ada lepas ni. Especially untuk junior-junior I , MRSM PDRM Kulim, tahniah ! Hahaha, I saje nak mencapap ni, I tahu dorang tak kenal I sebabnye batch I dengan batch diorang tak sempat pon berkenalan >.<

Harini Jumaat. Taktau lagi ape akan jadi ntk harini. Masih terlalu awal untuk I ceritakan apa-apa. Untuk murid-murid, selamat bercuti !

Lusa Ahad . 14 Mac 2010. Mak cik I kahwin, tapi sedih I tak dapat bersama-sama dorang kat sana. Famili I semua dah berangkat pulang ke kampung semalam. I je yang tak dapat balik, dok la kat uni ni menghadap buku-buku, next week test woo. Tak dapat I nak jadi pengapit, nak cari jodoh masa kenduri kendara tu nanti. Aish, melepas sudah.




Tuesday, March 9, 2010

.Korang ada ke jururawat peribadi? .

Dia cucuk tang sini, tang sini, cucuk tang sini. 

Eh, silap ayat la, tertiru ayat cite P.Ramlee pulak. Patotnye, dia tumbuh tang sini, tang sini, tumbuh tang sini ! Tumbuh apekah ?  kejap lagi I cite k.

Btw, sape-sape kat sini nak jururawat peribadi ? Free of charge I  kasi. Jururawat manes-manes belaka. Tak mahu ke? Amek la , amek la. I dah tak mampu nak jaga dorang, nakal sangat. I kata jangan keluar, dorang tetap mahu keluar, degil sungguh. 

I nak cari dua orang je, cepat-cepat sape volunteer yang nak, sila tampil ye. Limited edition bebeh ! 

Jawapan ntk soalan tumbuh apekah ? tadi tu = tumbuh jururawat. Silap silap, jerawat la. .Adoi, kene pegi cari Oxy 10 cepat niyh, mentol dah bernyala-nyala. 

p/s: jururawat yang I mention tu means jerawat la (=.=)


.Anak pakcik Burn, happy birthday yaww.


Eh, eh . Sape name ayah kamoo? Abu Bakar jugak ke? Jangan pulak ada anak pakcik Abu Bakar lain yang perasan ye. Entri kali ni khas buat kawan baik tapi  tak berapa rapat dengan I. Kami kawan dari form 1 dan still counting bebeh. Saje-saje I buat entri ni sebabnye nak tunjuk perasaan kaseh sayang I pada beliau, pasni boleh la tuntut hadiah birthday I pulak meh. Hahahaha.

Siapakah gerangannya ? 

Budak Petroleum ; itulah gelaran yang I panggil masa I kenal dengan dia mula-mula dulu . Sebabnye dia itam macam minyak. eh eh, takde la. Dia tak hitam mane pon, saje sesuka hati I panggil dia macam tuh :)

Ambik, dua-dua sama hitam.Hohoho.

Mohd Fairol Abu Bakar , Selamat Hari Tua  !
 Hadiah lain hari la ek >.<

Sunday, March 7, 2010

.Asyik mimpi yang sama je, tak berkembang langsung. Nak jugak rase mimpi lain.


Sejak dua tiga harini I asyik mengalami mimpi yang sama je. Takde la sama dari segi jalan ceritanya, tapi maksudnye lebih kurang la. Dan sekali lagi harini, I dapat mimpi yang sama. Berjumpe dengan sang teruna idaman kalbu yang gila handsome, gila kaya, gila sopan, tapi yang penting, bukan orang gila. Huh. Dusta belaka semua tu, jangan terpedaya !

I mimpi pergi bercuti ke Langkawi sebenarnya. Hari 1st I mimpi, I pegi dengan famili. 2nd time nye mimpi, I pegi dengan sape ntah, tak kenal. And mimpi the latest, I pegi dengan kawan-kawan, ala-ala reunion gitu. Mungkin dah kemaruk sangat mahu bercuti, berfoya-foya,  sampai kan dapat mimpi yang lebih kurang sama berulang kali.

Macam best je kan kalau buat reunion kat Langkawi. Memang ada perancangan, tapi nak kumpul kan kawan-kawan ni susah sikit. Masing-masing ada hal sendiri. Haritu punya reunion pon tersangat la sikit yang join, 13 org je, tapi tetap kucar kacir, seronok bai .Hahahaha. Reunion edisi terhad habes !



Kalau mimpi pegi bercuti ke Sydney, Bali, Yogja, Korea pun best jugak niyh, dapat gak merasa walaupun tak penah sampai sana lagi. Okeh, malam kang mahu mimpi yang ni pulak. Nak mimpi sekarang tak boleh, dah pagi maa, bangun-bangun !

Saturday, March 6, 2010

.Sahabat itu penting untuk kita .Tapi sahabat boleh bertukar jadi musuh jugak .

Sahabat, rakan, kawan, teman.  Ada beza tak? Semua tu bawa maksud yang sama kan. Dulu kecik-kecik, selalu sangat buat biodata diri, about me, my profile, dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya. Dalam biodata tu pulak, mesti tulis siapa kawan baik, kawan karib, kawan sejati bla bla bla...

Dulu, masa kecik otak kanak-kanak lagi,  senang je nak kelaskan siapa kawan baik I, siapa kawan sejati. Tapi sekarang bile tumbesaran dah meningkat, no idea. Bukan senang nak labelkan siapa yang betol-betol kawan sehidup semati kita. Kawan yang sanggup tolong kita, bersama dengan kita ketika susah mahupun senang. Sangat susah nak jumpe.

Tadi I sempat baca Metro, dua orang rakan sanggup bergadai nyawa ntk selamatkan seorang rakan mereka yang lemas. Last-last, budak yang lemas tu selamat, rakan dia lagi dua orang tu lak yang maut. Betapa mulianya hati mereka. Sanggup buat apa sahaja demi sebuah ikatan persahabatan.

Cakap pasal persahabatan ni, I teringat pada kawan-kawan I masa sekolah menengah dulu. Seorang ni namenye Siva, dan sorang lagi Aswad .Dua-dua alit sekolah. Masa acara 400m kalau memori I tak salah, Siva dah lead , paling depan, jauh tinggalkan yang lain. Bile nak sampai je garisan penamat, dia boleh toleh belakang, then dia slow kan larian. Tercengang beb kitorang masa tuh. Ape motif dia ? Dia nak bagi kawan  yang lain merasa pingat emas pulak, dia nak bagi Aswad menang. Serius kagum ! 

Mesti masing-masing ada kisah tersendiri kan pasal  sahabat ni. Ape-ape pon, kita cube lah jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain. Cube memahami hati sahabat, gembirakan hatinya dan jaga ikatan persahabatan itu :)

Friday, March 5, 2010

.Bola , ekspen , Hot fm big jam.

Hi. Holla. Hello. Mellow semua ! Tersangat lama I tak update ini belog. Mood nak berblog tu jatoh merudum tergolek macam nangka busuk  tetibe. Haish , taktau la nape. Padahal banyak sangat cerita yang I nak share , tapi tangan ni malas sangat nak menaip. Biasa ni . Kerat tangan baru tau. Huhuu.

Sekarang I kat rumah. Saje meluangkan masa bersama famili terchenta di hujung minggu . Meronggeng , merendek bersama famili . Bukan homesick okeh ! Alang-alang dah rumah dekat , ape salahnye balik rumah dua minggu sekali kan kan? Tak banyak kos pun , tol BKE + tol jambatan  + petrol < RM20 ( duit ayah la  sebab ayah yang mai fetch I , hahaha )

Kalau ikutkan , minggu ni I taknak balik. Sebabnye ada 3 event yang I rasa kan best . 1st, malam ni(lagi beberapa minit je nak habes) bola liga perdana USM vs MP MUAR.I kan gila bola, tak kire la team tu hebat ke tak, kalau ada peluang mmg I tonton. 2nd, weekend ni ada EKSPEN- ekspo kerjaya dan pendidikan. Dan 3rd, esok ada Hot fm Big Jam kat padang kota lama weh, masyuk.


EKSPEN ni paling berguna untuk final year student. Ada interview oleh syarikat-syarikat dan career talk .