Wednesday, June 24, 2009

HIKMAH PERPISAHAN

Usah putus asa menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih,putus tunang atau penceraian kerana disebalik segala kepahitan yang dilalui itu,pasti akan muncul sinar baru menyuluh hidup. Apabila cinta berkecai sekelip mata,anggaplah anda belum ditemukan dengan insan setia.

Berikut panduan yang maybe dapat bantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau break-off:

Terima hakikat
Perlu terima hakikat si dia bukan lagi milik anda.Anda perlu belajar untuk terima kenyataan setiap pertemuan kadangkala akan diakhiri dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.

Luahkn perasaan
Luahkan segala resah yang terpendanm atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda.Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan,anda akan dapat menghilangkan tekanan.

• Cuba alihkan ingatan anda kepada orang lain
Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya.Kalau teringatkan si dia,cuda rapat dengan orang lain misalnya ahli keluarga,bekas rakan sekolej atau sesiapa sahaja yang mungkin membahagiakan.Yang pasti,belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.

• Jatuh cinta lagi
Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda.Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu.

• Buang saja hadiah pemberiannya
Key chain,bunga,jam,penanda buku,baju,seluar,novel cinta,teddy bear,cincin,rantai,atau apa saja,jangan disimpan lagi.Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.

• Berdoa dan bertawakal
Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya.Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.


Harian metro
Khamis ,25 Jun 2009

Saturday, June 20, 2009

Cinta ibarat air.


Kasih sayang umpama air,

Setiap orang mendahagakannya.

Tetapi orang boleh lemas jika cinta dijalin umpama air lautan.

Friday, June 19, 2009

my dad..my hero

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia…

Ak suke lagu anakku Sazali niy.Cukup puitis,baitnya syahdu dan menyentuh jiwa ,tambahan bile Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang nyanyi.Ha,sape2 yang namenye Sazali tu sure bangga ada lagu sempena nama korang kan.Bile la pulok nak ada lagu yang bertajuk kan Wirdah ehh..?-.-

Oke2..Actly ak post entry lagu niy ntk para bapa di luar sana tuh.Ye la kan,xlame ag kn Hari Bapa.21 Jun 2009 kan?

Kasih sorang ayah kepada anaknya melebihi segalanya.Jasanya tak terhitung,cuma sume tu susah ntk si anak mengerti,sehinggalah satu ari nti giliran si anak pulak yang bergelar bapa. Kat sini ak nk amek peluang ni ntk ucap selamat ari bapa kepada sume yang bergelar bapa or bakal jd bapa.wink~



Kt atas niy,ak de upload gambar kek tyme bufday ayahku ritu,yg ke 47thn.Sweet 47 ye ayah,hihihih.Gambar kek je yg ak leh upload coz kitorang just celebrate kt umah,pakaian masing2 tyme tu agak kurang manis ntk di tayang kepada umum :)


Wirdah:To my father,En.Mafazi bin Mohd Lela,Happy farther’s Day.Ayahlah segala-galanya..Akak sayang ayah!


mungkin nanti -.-

Saatnya ku berkata

Mungkin yang terakhir kalinya

Sudahlah lepaskan semua

Ku yakin inilah waktunya

Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi

Mungkin saja rasa itu telah pergi


Dan mungkin bila nanti

Kita kan bertemu lagi

Satu pintaku

Jangan kau coba tanyakan kembali

Rasa yang ku tinggal mati

Seperti hari kelmarin

Saat semua di sini


Mungkin nanti-Peterpan


Hmm..tetibe je ak ase nk dgr sgt lagu niy.Ak bersusah pyh selongkar

laci,almari kt bilik ak semata-mata nk cari kaset band indon niy.Hihihi..atlast jumpe gak akhirnye.

Lirik atas tu ada la skit2 sama ngan apa yg jd kt idup ak skang.Huhuhuhu-.-

Kt sini,ak nk dedicatekn lagu niy ntk kawan ak yg name nye Aaidee.

Wednesday, June 17, 2009

Hi my lovely blog.Sorry eh dh lame bangat ak tak usik kamu,manje2 ngan kamu :)
Now jam kt laptop ak niy tunjuk pukul 1.22pagi,so I want to wish gudmornin to everbody.Selamat menuju ke bulan ye..mimpi yang indah.

Dh agak lame kan ak x story pe2 kat blog niy.Besela,bile kat umah niy,ak gne dial-up tenet je.So lembap gile ar.Sbb tu la ak jrg on9,if on9 pun,ak just tgk2 gitu je.Sampaikan nk daftar online course ritu pun ak kene mintak tolon kwn ak yg registerkan.Hee..kemalasan nk g cybercafé(cc).Bkn ape,skang niy cc kt tempat ak niy asyik penuh dgn dak2 skola je.muke sume cam dak2 nakal je.Penah gak ar skali tu ak di ngorat oleh dorang.huahuahua.Klakar ar korunk2 niy dik.Bwu dak skola,ntah form bpe ntah,nk tekel akak niy yg dh tue.0ops..tak..tak ..tak tue pun,mude ag.hihihi.

Hmm..sepanjang ak kt umah niy,ak jalankan tugas ak sbg seorang anak yang baik.Anak solehah la katakn.Solehah itu name mak ak,kuikuikui.Kemas bilik, basuh kain(mesin ler basuh),sidai kain,lipat kain,gosok baju skola adik ak,rebus ikan ntk kucin ak,kalu ak mood mls,ak bg je Emey ak tu mkn whiskas,ptg2 lak ak g tgk kt blakang umah sayur2 yang ak dah tanam,main badminton ngan adik ak(adik ak tu berangan nak jd cm Chogwei tu),tgk tv,x sabar tunggu mlm ahad coz nak tgk Mentor.Ak sokong Mas Idayu&Black.Hahaahah~

Tyme cuti sekola yg lepas(29/05-12/06),ak balik kg.Life kt kg kali niy xda la ak ase bosan sgt mcm sblm2 niy walaupun kazen2,mak2 sedara ak xramai blik.Cuti kali ni kitorang tdo kt umah wan atas n byk habiskan masa kt situ.Oh,wan atas tu mksdnye umah nenek belah ayah.Kalo wan bwh lak mksdnye nenek belah mak.Sebenarnye mak n ayah ak ni dok sekampung.Umah wan atas,atas bukit skit,sbb tu la kitorang pnggil wan atas.Hikhikhik.Bile dh lik kg niy,mcm besela keje ak n k.ngah bile tibe je cuti sek,jd buruh kontrak jap la kitorang.Tolong angkat2 bata je.Hahahaha.Actly,ayah ak in proses nk siapkan umah dia kt kg tu.Keje2 wat umah ni dh lame dh mule,since hujung thn 2005 ag.Sume ayah ak yg buat,dia xnk upah2 orang.Tp,2minggu b4 lik kg ritu,ayah ak msuk hospital,sakit tulang belakang.Dr pesan ayah xley wat keje berat2.Jd cuti kali niy ayah pun terpakse gak la upah org wat umah dia tu.Hehehe..Ak n k.ngah pun xpyh la susah pyh jd buruh ag.

K lah.Skang pun dh pukui bpe dh niy,dh lewat suda.Aku sorang je yg xtdo ag niy..tibe2 ase takut la pulok.hihihi..Oke la eh.Aku mahu menuju ke bulan,mau mimpi yg indah2,mau ketemu sama Khyril Muhymeen.Siapakah.?Pemain bola sepak Kedah +Kebangsaan bwh 23thn ler..Hikhikhik.Nunyte :)


Love,
Wirdah








Sunday, June 14, 2009

CINTA LELAKI PELIK,UNIK

Cinta lelaki memang pelik dan aneh,tetapi unik.Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras ,kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis,mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua itu melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami,ada kalanya lunak,tetapi selalu keras dan kurang simpati.Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi.tetapi tatkala sudah memiliki,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.Lelaki yang benar-benar lelaki,disenangi pasangan samada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

• Kesungguhan dlm melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan.
• Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
• Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
• Mencemburui pasangannya,lantas akan mengokong kebebasan mereka.Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
• Kerap menyatakan ketakutan kehilangan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian perhatian penuh padanya.
• Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangannya.
• Kerajinannya ketara,tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan pasangannya.
• Gelisah apabila berjauhan dengan isteri atau kekasih.
• Kerap menelefon dan menghantar sms.
• Dia mementingkan pasangannya lebih daripada dirinya sendiri.
• Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
• Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian,ini bermakna dia belum mencintai kekasihnya itu 100 peratus.


Friday, June 12, 2009

WANITA-Kenali melalui cara berjalan

1)Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat,wanita yang berjalan seperti ini di percayai tidak jujur.Ketika berbual,perkataan yang sering dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego.Namun jangan risau,kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana mempunyai raut wajah yang menawan.

2)Menoleh ke kiri ke kanan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya tidak pandai menyimpan rahsia.Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka.Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

3)Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup.Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja. Wanita seperti ini sukar ditakluk hatinya.Di samping sikapnya yang dingin,wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.Namun,jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya ,dijamin akan mendapat kebahagiaan.Sebabnya,wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4)Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus kedepan,wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya.Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatakannya,jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus.Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

5)Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan,tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.Apapun masalah yang ada dihadapannya,ia akan dianggap kecil.Padahal masalh itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan .Sifatnay yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

6)Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak,wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri.Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain.Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.Yang menariknya,wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

7)Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah,maksudnya ketika melangkahkan kaki badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif.Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.Jadi,jika anda berbual dengan wanita sepeti ini,kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

p/s:hmm..kadang2 aku berjalan menunduk,kadang2 toleh kiri dan kanan..~
Jalan menunduk..?erm,ak seorang yang setia la cmtu…!tp kan,boyfriend pun tadak!huahuahua :)
Kamu pula yang mana 1 ye..?