Saturday, March 6, 2010

.Sahabat itu penting untuk kita .Tapi sahabat boleh bertukar jadi musuh jugak .

Sahabat, rakan, kawan, teman.  Ada beza tak? Semua tu bawa maksud yang sama kan. Dulu kecik-kecik, selalu sangat buat biodata diri, about me, my profile, dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya. Dalam biodata tu pulak, mesti tulis siapa kawan baik, kawan karib, kawan sejati bla bla bla...

Dulu, masa kecik otak kanak-kanak lagi,  senang je nak kelaskan siapa kawan baik I, siapa kawan sejati. Tapi sekarang bile tumbesaran dah meningkat, no idea. Bukan senang nak labelkan siapa yang betol-betol kawan sehidup semati kita. Kawan yang sanggup tolong kita, bersama dengan kita ketika susah mahupun senang. Sangat susah nak jumpe.

Tadi I sempat baca Metro, dua orang rakan sanggup bergadai nyawa ntk selamatkan seorang rakan mereka yang lemas. Last-last, budak yang lemas tu selamat, rakan dia lagi dua orang tu lak yang maut. Betapa mulianya hati mereka. Sanggup buat apa sahaja demi sebuah ikatan persahabatan.

Cakap pasal persahabatan ni, I teringat pada kawan-kawan I masa sekolah menengah dulu. Seorang ni namenye Siva, dan sorang lagi Aswad .Dua-dua alit sekolah. Masa acara 400m kalau memori I tak salah, Siva dah lead , paling depan, jauh tinggalkan yang lain. Bile nak sampai je garisan penamat, dia boleh toleh belakang, then dia slow kan larian. Tercengang beb kitorang masa tuh. Ape motif dia ? Dia nak bagi kawan  yang lain merasa pingat emas pulak, dia nak bagi Aswad menang. Serius kagum ! 

Mesti masing-masing ada kisah tersendiri kan pasal  sahabat ni. Ape-ape pon, kita cube lah jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain. Cube memahami hati sahabat, gembirakan hatinya dan jaga ikatan persahabatan itu :)

20 comments:

deqyalalink in-situ said...

deqya pun ade kawan yang tak pandai jage hati kawan but i don know deqya sendiri camne pulak kan..but then give and take, paham memahami, n b humble sgt penting :)

Siti Farhana said...

yup!
aku igt lagi pasal ni..
aku kagum jugak..
hmm..mngimbau balik kenangan lama..
:)

syikinshuhaimi said...

shbt sejati akn sanggup buat ape saja..
saya klau ada shbt mcmtu..sy akn ingt smpi ble2 ;)

epen said...

sahabat, rakan, kawan, teman, friend, saing, member, buddy,....

NAZ said...

i tak percaya kawan:)

Fahim 'n Alin said...

gle ah..

pakcik pnah smpai xtdo, dgr prob shbt..lepak kat tasek.. cam gay pon ad..pedulikkn pe org kate, tuk shbt..hak3

NeenaAnuar said...

memang sgt2 bertuah kalau kite ade kawan yg sanggup berkorban utk kite..

Kawan harus lah yg boleh di percayai... tidak tikam kite dari belakang... sanggup susah senang bersama... dan yg paling penting adelah KEJUJURAN! ;)

Mr. Asada said...

huuu~ untungnya klu dapat kawan yang sanggup berkorban apa saja demi kita..

act kita sendiri pun kena ada rasa camtu dlu sblum harap org lain bkorban utk kita. ke cmna?

Mr. Asada said...
This comment has been removed by the author.
faizal said...

teringan lagu nasyid brothers

apa tu.."teman sejati"

Mr. Asada said...
This comment has been removed by the author.
Nadiene said...

bes kan kalu ade kwn camtue,, tp susah nak dapat,,hmmm

merahjamboo said...

susahnyaa nak carik kawan macamtu..adeke org sanggup bergadai nyawa untuk diri sendiri..huhuhu..

xoxo
pja

Anonymous said...

mesti kawan yang terselamat tu terkilan kan..
sedihnyer..

Hafiz Yusof said...

betul tu..i penah laluinya

Izwan Komari said...

tp klu dpt member yg kuat sensitif..
emosi lebih...
mmg malas nk layan

icee-yah said...

bes kalau ade kwn yg betol0betol sejati:)

rifhan safwani said...

btol2.. arap dapat jadi kawan yg baik .. =)

Seimura said...

ohh sangat sadis berita dlm metro tu. benar2 sahabat sejati.

Aus MeLankoLik said...

halamk..
baiki betul kawan kau ..
sanggup mengalah...
isk2..