Friday, June 12, 2009

WANITA-Kenali melalui cara berjalan

1)Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat,wanita yang berjalan seperti ini di percayai tidak jujur.Ketika berbual,perkataan yang sering dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego.Namun jangan risau,kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana mempunyai raut wajah yang menawan.

2)Menoleh ke kiri ke kanan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya tidak pandai menyimpan rahsia.Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka.Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

3)Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup.Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja. Wanita seperti ini sukar ditakluk hatinya.Di samping sikapnya yang dingin,wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.Namun,jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya ,dijamin akan mendapat kebahagiaan.Sebabnya,wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4)Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus kedepan,wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya.Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatakannya,jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus.Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

5)Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan,tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.Apapun masalah yang ada dihadapannya,ia akan dianggap kecil.Padahal masalh itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan .Sifatnay yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

6)Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak,wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri.Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain.Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.Yang menariknya,wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

7)Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah,maksudnya ketika melangkahkan kaki badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif.Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.Jadi,jika anda berbual dengan wanita sepeti ini,kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

p/s:hmm..kadang2 aku berjalan menunduk,kadang2 toleh kiri dan kanan..~
Jalan menunduk..?erm,ak seorang yang setia la cmtu…!tp kan,boyfriend pun tadak!huahuahua :)
Kamu pula yang mana 1 ye..?

1 comment:

snako said...

jln la cemaner pun janji jgn smpai tersadung...nnt tergolek dpat org ramai malu woo..hehe