Wednesday, June 24, 2009

HIKMAH PERPISAHAN

Usah putus asa menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih,putus tunang atau penceraian kerana disebalik segala kepahitan yang dilalui itu,pasti akan muncul sinar baru menyuluh hidup. Apabila cinta berkecai sekelip mata,anggaplah anda belum ditemukan dengan insan setia.

Berikut panduan yang maybe dapat bantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau break-off:

Terima hakikat
Perlu terima hakikat si dia bukan lagi milik anda.Anda perlu belajar untuk terima kenyataan setiap pertemuan kadangkala akan diakhiri dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.

Luahkn perasaan
Luahkan segala resah yang terpendanm atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda.Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan,anda akan dapat menghilangkan tekanan.

• Cuba alihkan ingatan anda kepada orang lain
Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya.Kalau teringatkan si dia,cuda rapat dengan orang lain misalnya ahli keluarga,bekas rakan sekolej atau sesiapa sahaja yang mungkin membahagiakan.Yang pasti,belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.

• Jatuh cinta lagi
Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda.Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu.

• Buang saja hadiah pemberiannya
Key chain,bunga,jam,penanda buku,baju,seluar,novel cinta,teddy bear,cincin,rantai,atau apa saja,jangan disimpan lagi.Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.

• Berdoa dan bertawakal
Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya.Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.


Harian metro
Khamis ,25 Jun 2009

No comments: