Sunday, June 14, 2009

CINTA LELAKI PELIK,UNIK

Cinta lelaki memang pelik dan aneh,tetapi unik.Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras ,kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis,mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua itu melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami,ada kalanya lunak,tetapi selalu keras dan kurang simpati.Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi.tetapi tatkala sudah memiliki,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.Lelaki yang benar-benar lelaki,disenangi pasangan samada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

• Kesungguhan dlm melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan.
• Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
• Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
• Mencemburui pasangannya,lantas akan mengokong kebebasan mereka.Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
• Kerap menyatakan ketakutan kehilangan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian perhatian penuh padanya.
• Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangannya.
• Kerajinannya ketara,tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan pasangannya.
• Gelisah apabila berjauhan dengan isteri atau kekasih.
• Kerap menelefon dan menghantar sms.
• Dia mementingkan pasangannya lebih daripada dirinya sendiri.
• Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
• Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian,ini bermakna dia belum mencintai kekasihnya itu 100 peratus.


No comments: