Friday, February 26, 2010

.Shaheizy Sam ; berlakon cite seram pon still kelakar.

Holla ! Sangat lama I tak update blog ni. Mood merudum. Bilangan pengunjung pun merudum.Tsk ! Kire ni fisrt entri lepas I balik dari cuti CNY haritu. I tersangat la sibuk dengan assignment,test,quiz dan segala mak nenek. Otak penat beb.So harini baru ada peluang nak rehat , nak taip entri , nak blogwalking + blogjogging + blog marathon segala.

Konon nak release tension ,tadi  I pegi tengok movie Niyang Rapik. Not bad ! Cite itu menarik ,tak rugi tengok. Tambah-tambah ada Shaheizy sam. Ahaks :) Liyana Jasmay pulak superb bebeh. Jalan citer ni tak sama dengan drama seram Niyang rapik tu , takde kaitan. Overall ok , best , terhibur ! Cepat-cepat pegi tengok oke.

Lupe nak ucap
Salam Maulidur Rasul

Saturday, February 20, 2010

.Terima la hakikat weyh.


Tajok entri tu I tujukan spesial untuk diri I sendiri. Orang lain jangan nak terasa or merasa okeh. Sesungguhnya I kene terima hakikat perit ni. Jiwa dan mental kene bersedia. Terima keadaan ni dengan hati yang lapang sebesar padang bola. 

Menunggu detik ..
Sebentar lagi I akan pulang.
USM ,i'm coming bebeh  !
Selamat tinggal rumah(=.=)

Okayh.Kene berhenti menaip sekarang. Bag tak packing lagi. Satu haprak tak kemas. Dah pukul berapa dah ni. Tsk. Got to go now.


.Kalender tipu !.

Ape ni. Ape ni ? Kalender tipu ouh.Harini baru hari Isnin,bukan Sabtu .Tsk. Takmao balik U lagi.Tak puas lagi dong mahu berfoya-foya dirumah bersama ayahanda, bonda, dan adinda-adinda tercinta.Heh :)

Korang ,betul ke harini Sabtu? Tolong la bagitau I bahawasanya harini Isnin.Tolong! Grr grr grr . I tak gila la.Oke oke.Esok memang Ahad. Tapi I tak dapat terima hakikat esok dah kene balik USM. Waaa.I tak nak balik lagi meh.

Dah dah.I malas nak layan  tekanan perasaan ni. Okeh. Nak tengok bola dulu,TV1 .I kan sememangnya peminat fanatik bola tempatan.FYI, tiap-tiap hari Sabtu,I mesti bersila depan tv,siap pakai baju Kedah lagi you.

Gambar ni kat stadium Bukit Jalil masa Piala Malaysia dulu Selangor vs Kedah !

KELANTAN vs KEDAH
 

Wednesday, February 17, 2010

.Duit duit dimana kau duit.


Berangan nak beli itu,nak beli ini.Nak bercuti sana sini. Tapi hakikatnya I cume boleh berangan je la , duit tak de. Nak harapkan nuff,dia asyik tidur je kejenye.Tsk . Oh oh. Nak minta duit kat mak ayah? Tak nak la. Lagi nikmat kalau gune duit sendiri,lebih menghargai kan kan. Kalau kecik-kecik dulu boleh la, I mintak 20sen,ayah kasi seringgit. I minta sepuloh,ayah kasi lima puloh ringgit .

Duit sendiri ada,tapi tak sampai hati mao gune.Sebabnye tu duit biasiswa. JPA kasi ntk belajar weh.*baik betol ini budak.Tapi I tetap terlanjur ! Beli itu ,beli ini, shopping, berfoya-foya.Ciss..nafsu nafsu.

Since dah masok final year, jadual dah tak brape padat macam sardin sangat.Ada gak la terfikir nak keje part time kat Queensbay la,Tesco la, Bukit Jambul la.Tapi bile fikir-fikir balik, leceh la.Susah sikit sebab takde transport, just bergantung harap kat bus Rapid Penang je la. Kalau ada bf berkereta kat sini,boleh jugak la I tumpang-tumpang.Duet minyak share-share.Hiks ;)

Sekarang I jual shawls thru blogshop & facebook. Ya, memang  sangat ramai pesaing.Alhamdulillah, walaupun takde la untung mane,  tapi duit tetap masok. 


See,tabung kodok I tak penuh-penuh since 1st year I kat USM ni. Mane tidaknye, asyik korek syiling je nak basuh baju meh.(^.^)

p/s: Dalila, kawan I akan ke Bangkok harini , hasil duit jualan selendang .Jeles doe ;|
Nak ikuttt.




Sunday, February 14, 2010

.F A C E B O O K-Tun Mahathir paling diminati.

Tajok entri tu tajok ntk berita muka depan Kosmo harini. Bekas PM  kita itu, mengatasi artis dengan seramai 232,205 orang menjadi fan beliau mengatasi Fafau(181,943),Scha(145,302) & Yuna(114,355) dan sekaligus menjadikan Tun sebagai individu paling popular di facebook kat Malaysia.

Info facebook
  1. Di mulakan 4 februari 2004
  2. Pelopor facebook ialah Mark Zuckerberg ketika dia menuntut di University Harvard.
  3. Keahlian facebook pada mulanya terhad ntk pelajar  Harvard shj.
  4. Facebook disekat penggunaan di negara seperti China,Syria,Veitnam dan Iran.
  5. Facebook kini menjadi laman sosial no 1 di Malaysia dgn 3.5juta pengguna.
"....Mereka yang melayari facebook lebih 4 jam adalah kumpulan ketagih ..."
                                                                        DR. SITI ZOBEDAH .
sumber dari Kosmo.

 credit to google

p/s: I sememangnya dh jadi fan Fafau :)

 

Friday, February 12, 2010

.qilla -teddy B- patt-kus-foi-nono-nini.


Hello. Woh,semalam I tak sempat nak update blog, tapi I tetap tak lupe singgah blog kamu semua :) Semalam sibuk mengemas bilik , kemas itu, kemas ini, kemas anak-anak bagai. Eyt, I rasa macam nak cerita pasal anak-anak I kat u oll la sekarang meh. 

Memang dah lama I tinggalkan mereka. Bukan tak sayang,tapi I malu sebab dorang tak berbapa. Bukan setakat tak berbapa je, muke masing-masing tak sama langsung dengan I oke.Dulu I tak kesah la,tapi sekarang ni mesti orang akan mengata kalau I bawak dorang tinggal dengan I kat hostel. So, last-last I minta tolong K.ngah jagakan dorang.

Tapi,bile semalam tengok muka sekor-sekor, rasa macam bersalah sangat. Dan dan memori ,kenangan segala nak berlari lari,berjogging dalam pale otak. Nak tengok dorang tak ? 



.qilla.
Kawan I yang bagi masa kat matrix dulu (06). Heh, mata qilla dah rosak.kecik sebelah.


.Teddy B.
Ex-bf yang kasi. Sayang nak buang,so I simpan je la. Takde maknenye nak terkenang-kenang.


.Patt.
Ini pon ex-bf yang kasi.


.Kus.
Hadiah dari kawan cyber. Kenal dari chatting MIRC zaman doluu.


.Foi.
Hadiah birthday masa form4.Tak ingat dah sape bagi.



.Nono & Nini.
Kembar tapi lain bapak okeh. Nono berbapa kan en.Barut & Nini berbapa kan Wan.

.....................................................................


Jom bergambar satu famili jom (^.^)

Thursday, February 11, 2010

.Hip hip horeyy.


"....I'm home
                     I'm home...."

Baru je sampai rumah ni. Lepas je habes test tadi, terus keluar dewan ,cabut balik rumah.Kepada kawan-kawan yang balik malam niyh, selamat pulang ye.
Selamat bercuti jugee.

Okayh. Mahu mandi, kemas bilik semua bagai. Got to go.
(=.=)

Eh.eh. Lupe nak wish
**
*    SELAMAT TAHUN BARU CINA  *

*                   GONG XI FA CAI                      *
**

Monday, February 8, 2010

.Jodoh Vs Kening Mata.


Dulu, masa dok jadi budak sekolah lagi, kawan-kawan selalu cakap,kalau nak tau jodoh kita dekat or jauh dari kita, cube tengok kening.Kalau kening tu dekat/rapat or hampir bercantum, maknenye jodoh kita dekat la tuh. Kalau kening jauh,jauhla jodoh tuh. Pernah dengar tak? Ish,sila jangan percaya sangat. Ni bukan fakta pon, hipotesis masing-masing je kot. Maybe ada pasangan yang kebetulan sama kes macam ni. Tapi ape-ape pon,yang pasti jodoh tu kan dah ditentukan oleh-Nya cume kita kene berusaha la jugak untuk dapatkan jodoh yang baik :) 



Oh ya,pasal kening tadi tu, kebetulan kening mak n ayah masing-masing kening rapat. Dorang memang dekat je,satu kampung.Bercinta dari zaman sekolah lagi.Bile dah 1 kampung,so takdela masalah nak balik raya umah sape (>.<)

Sunday, February 7, 2010

.Benarkan Aku Jadi Pelayanmu.


Uit uit,tajok entri tu tajok komik la weyh. Jangan pikir diluar kotak sangat okayh.Hohoho.

Sangat suke baca komik cegini.Cerita simple, kartun kacak, sweeet macam gula merah,si perempuan lak,selalu je kene cium .Hhahaha. Kalau baca novel,selalu je pembaziran air mata berlaku dan romantik terlebey.

Walaupun itu cuma kartun yang dilukis atas kertas,tapi mereka tetap chumell dan kacak ouh. Kalau ada Doraemon,dah lame I selongkar poket ajaib cari alat nak jadikan kartun tu manusia.Grrr,memang mustahil!

 
oh Itsugi ku.Lalalala (-.-)


 

Ayat best dalam komik ni :

"..Apa-apa yang tersimpan dalam hati,'play' dulu dalam otak,fikir baik-baik,lepas tu baru cakap.."

Saturday, February 6, 2010

.Ekspo 1 saujana & Dorayaki.


Semalam pegi jejalan kat ekspo 1 saujana,memang tak pasang niat nak beli apa-apa pun.Roomate suruh temankan dia beli camera. I pun follow je la.Bile dah singgah booth-booth tu,hati mula ar buat hal.Tetibe nak jatuh hati , nak tergoda lebih-lebih pulak bile tengok segala menda.Nak itu la, ini la.Naseb baik tak bawak banyak duit.Tapi I memang dah kemarok nak bercinta dengan incik DSLR Nikon itu la.Kacak oh beliau.Dah la beliau tak jual mahal, ada chance la nak dekati beliau. Tapi bile terkenangkan datuk PTPTN,hutang tak habes bayar lagi,terus padam angan-angan.Cis,pelamin angan ku musnah sudeyy.Baki tak banyak,ada la lagi RM2xxx. Datuk mane nak tolong bayarkan,sila  sila,jangan segan-segan.

Woh woh. Perut dah bunyik, nyanyi lagu cek mek molek lagi.Lapar hekk okayh masa jejalan tuh.Singah la jap kat gerai ,bajet nak beli waffer ,tapi sekali lagi hati I jatoh cinta entah ntk keberapa kali  ntah bile terpandang dorayaki.Nampak macam sedap lah, pengaruh Doraemon la nih.Hahahaha.


p/s: rajin-rajin la eh klik nuff I itu.boleh la I kumpul duit nak bayat utang datuk PTPTN tuh.


Friday, February 5, 2010

.Masak tempoyak ikan patin.

Tajok entri saje I nak habaq mai yang I ni orang Pahang na.

I bukan orang bandar, tapi orang kampung. Lahir pun kat kampung, kt umah nenek, Ulu Dong,Raub .Bidan yang sambut I oke.Sangat tradisional.Hhahaha. I ni anak Pahang,tapi tak reti sangat cakap pahang. Eh,bukan tak reti sangat, tapi tak reti langsung. Nak memahami ape yg dorang cakap pon susah.

Ada la satu kes tu, masa ni I kat kampung.Time tu I tengah lepak-lepak dengan adik I kat tepi sungai depan umah nenek.Then, ada sorang nenek ni lalu dengan cucu dia, dia tanye ape ntah kat kami.Satu patah pon kami tak paham.Tercengang kami tak tau nak jawab pe kat nenek tu.Rase bersalah ouh. Nasib baek la tak terjumpe dengan dia dah lepas tuh.

Lagi satu, kalau masa cuti sekolah, mesti semua sepupu sepapat,saudara mara balik kampung. Ha,time-time cegini la umah nenek kecoh,riuh rendah.Bile time masak pulak,mesti ramai-ramai pakat dok dapur.Naseb baik dapur kampung selalunye besar kan.Kalau  sembang-sembang lak,mesti ada je perkataan yang I tak tau ape makna nya.Oh,nape I tak tahu ni.I kan orang Pahang jugak.Sebabnye, I membesar di utara,Kedah. Dah 22 tahun I dok Kedah,since I lahir la kirenya. Taski,sekolah rendah,menengah, matrix n uni semua kat utara :)

Lagu negeri Pahang pon I tak tahu oh. Bukan setakat lagu, kalau u oll tanye  tempat menarik kat Pahang ape,I pun tak sure nak jawab ape. I akan jawab dengan konfiden 3 tempat ni je, Genting Highland,Cameron Highalnd n Bukit Fraser.Heh.

Okayh. I kene usaha lebih ni supaya jadi anak Pahang terbaeek punya.Hahaha.
*Mak n ayah anak jati Pahang juge :)

Wednesday, February 3, 2010

.Diari ohh diari.

Novel cinta kanak-kanak.Eh,tak tak. Ni diari lama I.Chumell kan kan? sila lah cakap ia chumell :)

Tadi dok geledah-geledah kotak buku, pastu I terjumpe diari bujang lapok ni. Bile baca balik isi dalam nye, teringat pulak kisah lalu,suke ada,sedih ada,macam-macam ada ouh.Dah lama jugak la stop tulis diari ni.Since incik blog muncul,I dah lupekan miss diari  (^.^)

Selak punye selak ,mata teruja tgk helaian ni.

Bukan niat  nak mencapap, cume niat nak menunjuk berkongsi cite je meh .Gile parah kot masa ni. Clash time study week.Tinggal 3 hari je nak mula exam . 
3 April 2008
Okayh.Tutop kisah!

Berbalik pada cite asal, ada sesiapa ke lagi yg still guna diari ekk?


Tuesday, February 2, 2010

.Keeper dapat kad merah!.

Nak reveiw sikit pasal match bola yang I tgk semalam, USM FC lawan Terengganu.Ape yang I boleh cakap, USM main sangat terok kurang baik malam semalam.Warna jersi dah cun dah,purple ouh.

Tapi kali ni dorang main tak macam permainan sebelum nih. Sebelum ni lawan dgn Harimau Muda,walaupun kalah tapi oke la, 1-0. Lebih kurang minit ke-3 , Terengganu dah sumbat satu gol. Lepas tu, dalam 20-30 minit game, keeper USM lak dapat kad merah.Bukan kuning,tapi terus merah oke.Masa tu, I tanye kawan sebelah, macam mana nak main keeper kene buang padang? Terengganu menang  free la macam ni eh? *Blur.Terkejot kot keeper dapat kad merah. Tapi memang patut pon. Dia pegi rempuh player T'ganu sape suruh. 

Bile keeper baru pulak masok, game bertambah terok.Boleh pulak keeper tu tendang bola kasi outside.Gugup kot.Dia macam tak pro langsung. Last-last Terengganu 4, USM 1.Time-time ni la ada yang curang,elok-elok mai nak sokong USM,tup tup tukar sokong Terengganu,siap kibar bendera Terengganu lagi,jerit-jerit segala,I love Manaf Mamat la,Marzuki la.Elok-elok dah lahir kat Penang,mao tukar lahir kat Kemaman,Besut.Hhahaha. Lalang!

Okeh,cukup.Well,USM FC masih mentah.Baru lagi meh dalam liga perdana. Maybe moral masing-masing dah down,main 10 orang. Alasan :p

Monday, February 1, 2010

.Liga Perdana 2010 malam ni.

Pengumuman!
USM FC   
lwn 
TERENGGANU

Warga USM dan orang ramai dijemput hadir beramai-beramai menyaksikan perlawanan antara USM FC dan Terengganu malam ni di Stadium USM pada jam 8.45 malam.
Marilah menonton dan menyokong sukan di kampus kita. Majulah sukan unutk USM. 
* khas ntk budak USM je nih. 
Bukan ayat I, I copy dari paper Berita Kampus sebijik sejebon.

Malam ni semangat nak turun stadium..jom jom .



.Akhirnya,ku pilih kamu.

 Lepas beberapa hari I berhempas pulas,perah otak macam nak gila *ouh,hyperbola semata-mata,sila jangan percaya. Finally,I dah buat keputuan nak pilih uni mane ntk continue master. Dan, I pilih ntk tetap bersama dengan Universiti Sains Malaysia.

 
Borang I dah beli ,tapi belum ada mood nak isi.Last submit 26 Februari 2010.
p/s : Thanx ntk kawan-kawan blogger yg bagi pendapat masing-masing semasa I tgh di lemma master.